Perkongsian dan Sokongan Teknologi Google
Sepanjang tahun, Express LUCK bekerjasama secara rapat dengan rakan kongsi strategik untuk menyediakan penyelesaian yang lebih baik dan maju kepada pelanggan. Baru-baru ini, kami sedang berusaha untuk menawarkan aplikasi terkini untuk dimasukkan di dalam produk TV pintar kami. Kami berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup dan meningkatkan keseronokan kepada pengguna. Jeff Koo, Pengurus Akaun Teknikal TV Android, yang datang jauh dari Google Korea untuk bertukar-tukar pengetahuan teknikal dengan Pasukan R&D kami di Pusat Inovasi R&D Nanshan di Shenzhen pada akhir bulan Ogos.
Semasa perbincangan, Jeff berkongsi mengenai cara untuk meningkatkan keupayaan ujian TV Android dan pengurusan projek dengan Pasukan R&D, membantu mempercepatkan kemajuan memasukkan sistem Android P ke TV pintar. Express LUCK sebagai salah satu daripada beberapa rakan kongsi rasmi Google di China, ini dapat melancarkan lagi TV pintar dengan keupayaan TV Android dan mengurangkan masa pemprosesan untuk pengguna membuka aplikasi ini. Selain itu, Jeff juga menunjukkan cara bagaimana program Reference Plus TV Android P dapat disegerakan dengan sistem Express LUCK dengan lebih baik, memberi inspirasi kepada Jurutera R&D dalaman kami untuk menghasilkan ciri baharu dan memajukan sokongan bahagian belakang untuk peningkatan produk yang akan datang.
“Mempunyai Google sebagai salah satu rakan kongsi terpenting kami, ianya memberikan kekuatan dalam keupayaan R&D kami. Jeff bukan sahaja membawa fungsi praktikal TV Android, tetapi juga wawasan yang mendalam untuk meluaskan pemikiran jurutera R&D kami. Pada masa hadapan, Express LUCK akan bekerjasama dengan rakan kongsi strategik kami yang berusaha untuk memberi keseronokan visual dan audio yang terbaik kepada pelanggan” kata Sherman.